Khamis, 27 Jun 2019

Perubahan Masa Aktiviti Kokuriklum

Makluman kepada semua warga SK Tedong

Mulai 2 Julai 2019 masa perjumpaan aktiviti kokurikulum berubah dari tiga jam kepada dua jam sekali perjumpaan. Aktiviti kokurikulum akan bermula pada pukul 2.15 petang dan berakhir pada 4.15 petang. Surat makluman kepada ibu bapa / penjaga murid telah diedarkan pada 28 Jun 2019.


Selasa, 25 Jun 2019

Marhaban 2019

Aktiviti Marhaban Tahun 2019 diadakan pada 25 Jun 2019 hari Selasa bersamaan 21 Syawal. Tahun ini lebih kurang 25 buah rumah dikunjungi. Murid-murid tahap 2 dan guru-guru dibahagikan kepada 5 kumpulan untuk mengunjungi rumah-rumah yang terlibat. Aktiviti bermula pukul 2.15 dan berakhir pada pukul 5.30 petang.