Rabu, 31 Julai 2019

Logo dan Tema Kemerdekaan 2019

Pada tahun ini Unit Kokurikulum telah dipertanggungjawabkan mengelola program Bulan Kemerdekaan 2019.  Program akan dijayakan bersama Panitia Sejarah , Panitia Kesenian , Panitia Bahasa Melayu , Pusat Sumber Sekolah dan Unit 3K HEM. Pelancaran akan diadakan pada 9 Ogos 2019 nanti.

Selasa, 30 Julai 2019

Pertandingan Bowling

Pada 30 Julai bersamaan hari Selasa satu pertandingan bowling telah diadakan bagi merapatkan hubungan semua warga kerja SKTedong yang terdiri daripada para guru dan kakitangan , pekerja pembersihan dan pengawal keselamatan sekolah . Pertandingan anjuran Panitia sejarah dengan kerjasama Pengusaha Kantin , Kelab guru dan kaki tangan serta unit kokurikulum sekolah. 












Penutupan Bulan Kecergasan

Majlis penutup bulan kecergasan telah diadakan pada hari Isnin ,29 Julai 2019. Guru Besar telah merasmikan penutupan Bulaa Kecergasan SK Tedong bagi tahun 2019. Guru besar juga telah menyampaikan hadiah-hadiah kepada murid-murid yang berjaya dalam pertandingan yang sertai sepanjang bulan kecergasan diadakan. 














Isnin, 22 Julai 2019

Tahniah


TAHNIAH 

Nur Iezzatul Rahimah Muhammad Hafiz dan Nur Syahida Haziqah Muhammad Hafiz bertemu Ketua Menteri Melaka baru-baru ini.







Isnin, 15 Julai 2019

Pertandingan Mewarna dan Melukis Poster - Bulan Kecergasan

Aktiviti Bulan Kecergasan diteruskan lagi dengan Pertandingan Mewarna bagi murid tahap 1 dan Pertandingan Melukis Poster Bagi murid tahap 2. Semua aktiviti dijalankan pada waktu pdpc Pendidikan Seni visual sepanjang minggu ketiga bulan Julai ini.


Ahad, 14 Julai 2019

Melakar Sejarah


13 JULAI 2019 mencatat sejarah bagi pasangan adik beradik Nur Lezzatul Rahimah dan Nur Syahida Haziqah kerana berjaya meraih kemenangan dalam Kejohanan 13th CK Classic Internasional Open Taekwondo Championship Malaysia 2019. Syabas. 



Rabu, 10 Julai 2019

Ceramah Program Bulan Kecergasan

Program Ceramah Kecergasan ini telah disampaikan oleh Dr.Nor Hasyimah Hasan dari Poliklinik Kesihatan Merlimau pada 11 Julai 2019 .



Bintang Taekwando

KEPUTUSAN PERTANDINGAN TAEKWONDO 
SPEED POWER MELAKA 2019
6 JULAI 2019 - SABTU

Nur Syahidah Haziqah Tahun 2 - Sparring  - Emas   /  - Poomsae - Emas                 

Nur Lezzatul Rahimah Tahun 6 - Sparring  - Gangsa  /  - Poomsae - Emas                    

Nur Fatihah Maisarah - Pra Sekolah  Sparring  - Perak

Putra Mikail  Tahun 3    - Sparring - Emas



Selasa, 9 Julai 2019

Pelancaran Bulan Kecergasan 2019


Guru Besar telah merasmikan pelancaran Program Bulan Kecergasan pada hari Selasa bersamaan  9 Julai 2019. Pelancaran dilakukan pada pukul 7.45 pagi. Selepas Ucapan perasmian aktiviti senamrobik telah dijalankan sehingga pukul 8.30 pagi.

Sepanjang Bulan Julai Pelbagai aktiviti telah dirancang untuk mengisi program Bulan Kecergasan ini antaranya Pertandingan Bola Baling dan Bola Jaring antara rumah sukan , Pertandingan mewarna dan melukis poster , ceramah kesihatan .