Isnin, 16 September 2019

MAJLIS PENUTUPAN BULAN KEMERDEKAAN

Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan 2019 telah disempurnakan oleh Datuk Vong Woon Chin Yang Dipertuan Persatuan Pengguna Melaka Tengah pada 13 September 2019 bersamaan hari Jumaat. 

Beliau telah menyampaikan ucapan penutupan Program bulan Kemerdekaan dan seterusnya menyampaikan hadiah-hadiah kepada para pemenang pertandingan-pertandingan yang dijalankan sepanjang Bulan kemerdekaan. Hadiah-hadiah disediakan oleh pihak sekolah dan pihak Persatuan Pengguna Melaka Tengah.

Majlis juga diserikan lagi dengan persembahan pemenang-pemenang tempat pertama pertandingan mendeklamasikan sajak  , melagukan syair , nyanyian solo dan koir




















Pertandingan Akhir Bulan Kemerdekaan

Pertandingan akhir aktiviti-aktiviti Bulan Kemerdekaan 2019 telah diadakan pada 12 September 2019 bersamaan hari Khamis. Program bermula pada pukul 8.00 pagi sehingga jam 11.30 pagi. Antara pertandingan akhir yang dijalankan adalah seperti di bawah:

1. Pertandingan Mendeklamasikan Sajak tahap 1 dan tahap 2
2. Pertandingan Melagukan Syair tahap 1 dan tahap 2
3. Pertandingan Pakaian Tradisional
4. Pertandingan Nyanyian Solo tahap 2
5. Pertandingan Koir tahap 1