Isnin, 21 Oktober 2019

PROGRAM RIMUP PERPADUAN PPD JASIN

Program RIMUP Perpaduan anjuran PPD Jasin telah diadakan pada 22 Oktober 2019 bersamaan hari Selasa ( 8.00 pagi - 1.00 tengah hari ) . Program diadakan di Dataran PPD Jasin. Pihak sekolah telah menghantar seorang guru pengiring ( Cikgu Rasidi ) bersama tiga orang murid tahun 6 untuk menyertai program ini. 






Rabu, 16 Oktober 2019

Pertandingan Bintang Kecil

Pertandingan Bintang Kecil sempena Pesta Buku Melaka 2019 telah diadakan pada 14 Oktober 2019. Pertandingan diadakan di MITC Melaka. Adik Syafiqah Arif dari SK Tedong telah berjaya mendapat tempat ke-4. Adik Syafiqah telah dilatih oleh Cikgu Ameerul dan Cikgu Adila. 



Jemputan 4 X100 m SK Sempang


Pasukan 4 X 100m SK Tedong telah dijemput untuk menyertai acara jemputan dalam Kejohanan Sukan Tahunan SK Sempang yang telah diadakan pada 10.10.2019 bersamaan hari Khamis. Pasukan SK Tedong telah berjaya mendapat tempat ketiga. Syabas .


PROGRAM SENAM CERGAS DAN SUKANEKA SEMPENA BULAN SUKAN NEGARA

Program  Senam Cergas dan Sukaneka sempena Bulan Sukan Negara telah diadakan pada 15 Oktober 2019 bersamaan hari Selasa. Proram bermula jam 8.00 pagi - 10.00 pagi.












PROGRAM BICARA NURANI PUTERI ISLAM



Program telah disertai oleh tiga ahli Puteri Islam dan seorang guru pengiring.


 


Khamis, 3 Oktober 2019

PERKHEMAHAN PENDIDIKAN LUAR PERINGKAT NEGERI


Pada 1 - 3 Oktober 2019 seramai empat orang murid dari SK Tedong telah menyertai Perkhemahan Pendidikan Luar Murid Sekolah Rendah Peringkat negeri Melaka. Perkhemahan diadakan di Pusat Kokurikulum Negeri Melaka Kampung Lanchang Merlimau Melaka. Peserta perkhemahan disertai oleh murid tahun 4 iaitu :-

                 1. Mustakim Mohamad Ali
                 2. Hanif Hakimi Kamis
                 3. Nur Aimee Sofea Anuar
                 4. Nur Iris Arisya Mohd Rozihan

 


PERTANDINGAN DONDANG SAYANG

Pada 2 Oktober 2019 bersamaan hari Selasa SK Tedong buat pertama kali menyertai Pertandingan Dondang Sayang Sekolah-sekolah Rendah Negeri Melaka. Pertandingan telah diadakan di KIP MART Bachang Melaka. Peserta dari SK Tedong diwakili oleh pasangan adik beradik iaitu Nur Syafiqah Mohd Arif ( 6 Ikhlas ) dan Muhd Syafiq Aiman Mohd Arif ( 4 Jujur ). Peserta telah dilatih oleh Cikgu Ameerul dan Cikgu Farah Adilla. Walaupun hanya memperoleh saguhati namun pertandingan telah memberi pengalaman berharga kepada jurulatih dan para peserta.

TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA PESERTA DAN JURULATIH