Khamis, 12 November 2020

BAKAT TERPENDAM 2 - BERDONGDANG SAYANG

 MUHAMMAD SYAFIQ AIMAN BIN MOHD ARIF   - TAHUN 5 / 2020
 QALISYA BINTI MOHD AZUAN                             - TAHUN 4 / 2020




BAKAT TERPENDAM - BERDONGDANG SAYANG


MUHAMMAD SYAFIQ AIMAN BIN MOHD ARIF
TAHUN 5 / 2020



Selasa, 20 Oktober 2020

TAKLIMAT PAJSK DAN SEGAK 2020

Tarikh   : 20 Oktober 2020
Hari      : Selasa
Tempat : Bilik Gerakan

Taklimat disampaikan oleh En. Zainor Din Abu Hasan Guru Penolong Kanan Kokurikulum SK Tedong kepada semua guru. Taklimat bertujuan menyelaraskan pengisian data PAJSK dan SEGAK supaya tidak berlaku kesalahan sewaktu pengisian data . 









Selasa, 13 Oktober 2020

KURSUS PANDU ARAH / ORIENTEERING 2020

 Kursus Pandu Arah / Orienteering yang dirancang telah berjalan lancar hari ini.  Kursus telah dikendalikan oleh dua orang jurulatih daripada Pusat Kokurikulum Lancang iaitu En. Mohd Saofie bin Bachok dan Puan Najah Munirah bte Mamat. Semoga ilmu yang diterima dapat dimanfaatkan oleh para peserta. 







 



 







Isnin, 14 September 2020

Majlis Penutupan Bulan Kebangsaan SK Tedong tahun 2020

Majlis Penutupan Bulan Kebangsaan SK Tedong telah diadakan pada 15 September 2020 bersamaan hari Selasa. Majlis dirasmikan oleh Tuan Haji Karim bin Miskiran guru besar SK Tedong.





AKTIVITI BULAN KEBANGSAAN 2020 - Mendeklamsikan sajak tahap 1

Bersempena Bulan Kebangsaan Tahun 2020 beberapa aktiviti telah diadakan antaranya Pertandingan Mendeklamasikan Sajak . Pertandingan diadakan secara rakaman video. Di bawah ini beberapa video peserta yang mengambil bahagian .





















Khamis, 13 Ogos 2020

Tahniah Adik Nur Syahida

Pihak Sekolah Mengucapkan 

TAHNIAH .... 

           kepada ADIK NUR SYAHIDA HAZIQAH M.HAFIZ

        kerana mendapat tempat ketiga dalam 1st India open Online poomsae 2020 

                         Sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan yang lalu.





Kempen Kibarkan Jalur Gemilang

 KEMPEN KIBARKAN JALUR GEMILANG SEMPENA BULAN KEBANGSAAN 2020

Bagi menyemarakkan sambutanBulan Kebangsaan tahun ini kawasan sekitar sekolah telah dipasang dengan jalur gemilang. 



Rabu, 12 Ogos 2020

Program Bulan Kebangsaan



PROGRAM BULAN KEBANGSAAN  DAN KIBARKAN JALUR GEMILANG 
SK TEDONG 2020

 

 

PENYERAHAN BANTUAN PAKAIAN  SERAGAM ( BPS ) 
PASUKAN BADAN BERUNIFORM KEPADA MURID TAHUN 4 / 2020

PENERIMA : 

MUHAMMAD RAIYAN ADLI BIN ROSLI  - PENGAKAP 
MUHAMMAD HADI FITRI BIN MOHD SUZAIMI -PENGAKAP

TARIKH : 

10 OKTOBER 2020 ( ISNIN )


Sabtu, 22 Februari 2020

SAMBUTAN HARI PENGASAS PENGAKAP PPM DAERAH MERLIMAU

Program telah diadakan di SMK Sungai Rambai pada 22 Februari 2020 ( Sabtu ). Seramai empat orang pengakap dari SK Tedong telah menyertai sambutan ini. 








Selasa, 18 Februari 2020

AKTIVITI KOKU SELASA 18 FEB 2020

Aktiviti mingguan kokurikulum hari Selasa diteruskan pada minggu ini 18 Februari 2020. Aktiviti pada minggu ini ialah Unit Beruniform dan Sukan dan Permainan. 

Gambar aktiviti minggu ini.

1. Pengakap : Ikatan 




2. TKRS : Mencari Maklumat



3. Puteri Islam : Takkirah Pembangunan Diri Remaja  

            


 4. Permainan Bola Jaring








Khamis, 13 Februari 2020

LARIAN SANG JUARA

 TAHNIAH ADIK AMIRUL

Adik MUHAMMAD AMIRUL HAKIMI BIN HUSIN telah mengharumkan nama sekolah dalam Kejohanan Olahraga MSS Daerah Jasin tahun 2020 yang telah diadakan di SMK Nyalas pada 11 hingga 13 Februari 2020. Adik Amirul telah menjadi johan dalam acara 100m lelaki 12 tahun. Sehubungan dengan itu adik Amirul telah terpilih mewakili Daerah Jasin dalam Kejohanan Olahraga Peringkat Negeri Melaka yang akan datang. 



KEJOHANAN OLAHRAGA MSS DAERAH JASIN

Kejohanan Olahraga MSS Daerah Jasin telah diadakan pada 11 hingga 13 Februari 2020 ( Selasa Rabu dan Khamis ) . Kejohanan ini diadakan di SMK Nyalas Melaka. Seramai sembilan orang murid telah mengambil bahagian dalam beberapa acara pada kejohanan kali ini. 
  1. MUHAMMAD ASFA ZAKHWAN BIN ABD RASID ( 6 Ikhlas ) 
  2. NUR KHAIRAH BINTI BASIR ( 6 Ikhlas )
  3. NORHAKIMI BIN NORAZMI ( 6 Jujur )
  4. MUHAMMAD AMIRUL HAKIMI BIN HUSIN ( 6 Jujur )
  5. MUHAMMAD AMEER IMRAN BIN MOHD HANAOPI ( 6 Jujur )
  6. NUR DARWISYAH NASUHA BINTI MOHD AZLI ( 6 Jujur )
  7. MUSTAKIM BIN MOHAMAD ALI ( 5 Jujur ) 
  8. 'ALYA INSYIRAH BINTI ZURAIMI ( 5 Jujur )
  9. SITI NURBALQIS BINTI JAKARIAH ( 5 Jujur )

Pencapaian 
1. MUHAMMAD AMIRUL HAKIMI BIN HUSIN  - Johan 100m Lelaki 12
2. MUHAMMAD AMIRUL HAKIMI BIN HUSIN  - Tempat ke-4 lompat jauh Lelaki 12
3. MUHAMMAD ASFA ZAKHWAN BIN ABD RASID - Tempat Ke-6 Lontar Peluru














Sabtu, 8 Februari 2020

KURSUS KEPIMPINAN PEMIMPIN MURID

Kursus Kepimpinan Pemimpin Murid telah diadakan pada 8 Februari 2020 bersamaan hari Sabtu. Unit Kokurikulum telah berkolaborasi dengan unit Kaunseling dan Pusat Sumber Sekolah. bagi menjayakan kursus ini. Seramai 80 orang murid telah terpilih mengikuti kursus ini. Peserta terdiri daripada pengawas sekolah , pengawas perpustakaan sekolah , pengawas SPBT , ketua kelas dan penolong ketua kelas. Dua orang penceramah dijemput untuk memberikan ceramah dalam kursus ini. Penceramah tersebut ialah SI Tuan Azman bin Khamis dari Bahagian  Integriti dan Pematuhan Standart ( BISP ) Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah dan Cikgu Kadir Hamidon Kaunselur SK Serkam Darat.