Sabtu, 22 Februari 2020

SAMBUTAN HARI PENGASAS PENGAKAP PPM DAERAH MERLIMAU

Program telah diadakan di SMK Sungai Rambai pada 22 Februari 2020 ( Sabtu ). Seramai empat orang pengakap dari SK Tedong telah menyertai sambutan ini. 








Selasa, 18 Februari 2020

AKTIVITI KOKU SELASA 18 FEB 2020

Aktiviti mingguan kokurikulum hari Selasa diteruskan pada minggu ini 18 Februari 2020. Aktiviti pada minggu ini ialah Unit Beruniform dan Sukan dan Permainan. 

Gambar aktiviti minggu ini.

1. Pengakap : Ikatan 




2. TKRS : Mencari Maklumat



3. Puteri Islam : Takkirah Pembangunan Diri Remaja  

            


 4. Permainan Bola Jaring








Khamis, 13 Februari 2020

LARIAN SANG JUARA

 TAHNIAH ADIK AMIRUL

Adik MUHAMMAD AMIRUL HAKIMI BIN HUSIN telah mengharumkan nama sekolah dalam Kejohanan Olahraga MSS Daerah Jasin tahun 2020 yang telah diadakan di SMK Nyalas pada 11 hingga 13 Februari 2020. Adik Amirul telah menjadi johan dalam acara 100m lelaki 12 tahun. Sehubungan dengan itu adik Amirul telah terpilih mewakili Daerah Jasin dalam Kejohanan Olahraga Peringkat Negeri Melaka yang akan datang. 



KEJOHANAN OLAHRAGA MSS DAERAH JASIN

Kejohanan Olahraga MSS Daerah Jasin telah diadakan pada 11 hingga 13 Februari 2020 ( Selasa Rabu dan Khamis ) . Kejohanan ini diadakan di SMK Nyalas Melaka. Seramai sembilan orang murid telah mengambil bahagian dalam beberapa acara pada kejohanan kali ini. 
  1. MUHAMMAD ASFA ZAKHWAN BIN ABD RASID ( 6 Ikhlas ) 
  2. NUR KHAIRAH BINTI BASIR ( 6 Ikhlas )
  3. NORHAKIMI BIN NORAZMI ( 6 Jujur )
  4. MUHAMMAD AMIRUL HAKIMI BIN HUSIN ( 6 Jujur )
  5. MUHAMMAD AMEER IMRAN BIN MOHD HANAOPI ( 6 Jujur )
  6. NUR DARWISYAH NASUHA BINTI MOHD AZLI ( 6 Jujur )
  7. MUSTAKIM BIN MOHAMAD ALI ( 5 Jujur ) 
  8. 'ALYA INSYIRAH BINTI ZURAIMI ( 5 Jujur )
  9. SITI NURBALQIS BINTI JAKARIAH ( 5 Jujur )

Pencapaian 
1. MUHAMMAD AMIRUL HAKIMI BIN HUSIN  - Johan 100m Lelaki 12
2. MUHAMMAD AMIRUL HAKIMI BIN HUSIN  - Tempat ke-4 lompat jauh Lelaki 12
3. MUHAMMAD ASFA ZAKHWAN BIN ABD RASID - Tempat Ke-6 Lontar Peluru














Sabtu, 8 Februari 2020

KURSUS KEPIMPINAN PEMIMPIN MURID

Kursus Kepimpinan Pemimpin Murid telah diadakan pada 8 Februari 2020 bersamaan hari Sabtu. Unit Kokurikulum telah berkolaborasi dengan unit Kaunseling dan Pusat Sumber Sekolah. bagi menjayakan kursus ini. Seramai 80 orang murid telah terpilih mengikuti kursus ini. Peserta terdiri daripada pengawas sekolah , pengawas perpustakaan sekolah , pengawas SPBT , ketua kelas dan penolong ketua kelas. Dua orang penceramah dijemput untuk memberikan ceramah dalam kursus ini. Penceramah tersebut ialah SI Tuan Azman bin Khamis dari Bahagian  Integriti dan Pematuhan Standart ( BISP ) Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah dan Cikgu Kadir Hamidon Kaunselur SK Serkam Darat.










Khamis, 6 Februari 2020

PERTANDINGAN MERENTAS DESA MSS NEGERI MELAKA 2020

Pertandingan Merentas Desa MSS Negeri Melaka tahun 2020 telah diadakan di MRSM Alor Gajah pada hari Khamis bersamaan 6 Februari 2020.Pada kali ini enam peserta telah dipilih untuk mewakili sekolah. Peserta terdiri daripada tiga murid lelaki dan tiga murid perempuan. Peserta-peserta tersebut ialah NORHAKIMI BIN NORAZMI , MUHAMMAD ADAM HARIS BIN MOHAMAT , HANIF HAKIMI BIN KAMIS, NUR KHAIRAH BINTI BASIR, NURUL ATHIRAH BINTI RAZALI dan NUR ZULAIKA BINTI MUHAMMAD FAIZUL. Adik Norhakimi telah mendapat tempat ke-61 bagi bagi kategori lelaki B12.







   

Selasa, 4 Februari 2020

PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN MERENTAS DESA

Pertandingan Merentas Desa Peringkat sekolah tahun 2020 telah diadakan pada Rabu 29 Januari 2020. Majlis penyampaian hadiah kepada pada pemenang telah diadakan pada Jumaat 31 Januari 2020. Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar dan Guru Penolong Kanan Hem.


Pemenang tahun 4 

Pemenang Tahun 5 

Pemenang Tahun 6

Pemenang Tahun 4

Pemenang Tahun 5

Pemenang Tahun 6

CERAMAH KESIHATAN


Caramah Kesihatan SAYA INGIN GIGI KEKAL SIHAT kolaborasi antara Unit Hem dan Kelab Dr.Muda telah diadakan pada 30 Januari 2020 bersamaan hari Khamis. Ceramah telah disampaikan oleh Dr.Irfan dari Poliklinik Merlimau.